nuffnang

Sabtu, 8 Mac 2014

Vitamin C sebagai Antioksida




Vitamin C sebagai antioksidan,apa itu antioksidan? 

Ditulis oleh Admin Kekal Sihat
Wednesday, 23 April 2008
Pengoksidaan adalah proses semula jadi dalam tubuh. Umumnya, tumbuh-tumbuhan akan melepaskan oksigen untuk digunakan oleh manusia. Manakala manusia pula akan melepaskan karbon dioksida untuk digunakan oleh tumbuhan.
Bagaimanapun, gaya hidup dan keadaan persekitaran yang tidak sihat seperti merokok dan pengeluaran asap berlebihan telah menyebabkan tubuh kita cepat kehilangan vitamin penting yang menjadi agen anti-oksida. Hal ini penting untuk memastikan kesihatan sel-sel dalam tubuh.

Sikap tidak gemarkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut menyumbang kepada masalah kekurangan vitamin yang teruk. Jadi untuk mengatasi kekurangan vitamin ini, penggunaan pil adalah penting terutama vitamin C dan E. Kedua-duanya adalah penting sebagai agen anti oksida yang menghalang pembentukan radikal bebas.

Pembentukan radikal bebas ialah kesan sampingan fungsi mitokondria yang tidak dapat dielakkan, tetapi penghasilan ini turut mempengaruhi mutasi mitokondria (pembahagian mitokondria tidak normal) 

Mutasi meningkat mengikut peredaran masa, akibat toksin pada persekitaran, radiasi, penyakit berpunca daripada bahan kimia, bahan tambahan di dalam makanan dan kemungkinan tekanan emosi. Apabila mutasi banyak berlaku maka banyaklah DNA mitokondria yang akan rosak, hasilnya menyebabkan kerosakan dan kematian sel.

*Vitamin C juga penting sebagai pembentukan kolagen dan secara tidak langsung sebagai agen anti penuaan untuk kekal awet muda dan jelita. 

"Sharing is Caring" 

Credit#ibuhakim



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini dengan HARGA HEBAT & MENJIMATKAN?
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda :  Nurhadira Bt Shokri
Pengedar Sah Shaklee COD :Balik Pulau , Teluk Kumbar & Bayan Lepas Penang
Shaklee ID [ No : 1105799]
Contact No : 012 9810656
Email :  nurhadirashokri@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/deyrazbeautysvita
Sila PM Admin di sini : http://facebook.com/messages/deyrazbeautysvita

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1105799 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓ ---------------------------------------------------------------------------------------------------- PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Tiada ulasan: