Assalamualaikum semua,
Selama saya berkecimpung sebagai pengedar Shaklee, bermacam-macam
karenah pelanggan serta downline yang saya dah jumpa. Biasalah kan..
Hehe.
Ada yang gembira sebab kesan yang positif pada kulit mereka,
terutamanya mereka yang mengambil set kecantikan. Yang ambil set kurus
pula gembira sebab berat badan semakin menyusut. Bukan setakat berat
semakin turun, even kulit pun semakin cantik dan lembab.. Best kan?
Dapat 2 dalam 1 set. Hehe..

Sekadar gambar hiasan. Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang sihat.
Bukan diaorang je, even saya sendiri yang mengamalkan set lengkap
untuk ibu menyusu pun, dapat menurunkan berat badan. Kalau dulu, lepas
beberapa bulan bersalin, saya cubalah nak pakai jeans size 29, tak
lepas. Ambil pula size 31, size ni saya beli gara-gara saya suka design
dia, tapi tak ada size 29. Ambil jelah size 31, biar nampak longgar
asalkan bukan ketat.. Hehee. Testing yang ni pun tak muat.. Semua
sangkut kat paha..Huhu.. Sedihnya. Oleh kerana tak muat, saya simpanlah
seluar jeans di dalam almari di bahagian yang saya jarang buka..
Biarlah, mungkin boleh bagi dekat adik-beradik ke. Hahaha. Tapi,
dibuatkan cerita, saya terbongkar semula lokasi saya simpan seluar jean
ni, selepas bayi saya umur 16 bulan. Masa tu, saya pun sajalah nak
testing semula, manalah tahu muat.. Hehee.. Sekali testing, mula-mula
jeans size 31, aik apasal longgar sangat. Memang kena pakai tali
pinggang ni. Lepas tu, capai pula jeans size 29, aik muat jugak. Nak
tarik ke atas, langsung tak sangkut dah kat paha.. Wah.. Inci paha dah
semakin mengecil.. Gembiranya.. Hahhaa… Dah lama tak pakai jeans.
Semenjak mengandung anak sulung.. Takkan baru anak dua, badan dah macam
anak gajah. Tak naklah kan.. Hehehe..
Berbalik kepada tajuk entry saya hari ni, semua ni adalah berdasarkan
pengalaman saya dan kawan-kawan yang mengambil vitamin shaklee,
terdapat beberapa sebab yang membuatkan pengambilan vitamin shaklee jadi
tidak berkesan. Yang pasti, tidak ada mana-mana pengedar shaklee yang
berniat untuk menipu pelanggan masing-masing. Inilah antara jawapan yang
diberi, selepas beberapa soalan diajukan kepada pelanggan.
Antara sebab-sebab yang selalu diadukan oleh pelanggan & downline saya sendiri adalah:
1. Pengambilan vitamin secara tidak konsisten
Bagi yang mengambil vitamin untuk tujuan keputihan ke, kesuburan ke,
atau masalah jerawat ke atau apa-apa tujuan sekalipun, saya nasihatkan,
selagi masalah anda tak selesai, jangan sekali-kali skip atau berhenti
mengambil vitamin tersebut tanpa alasan yang kukuh. Kalau pengambilan
vitamin untuk keputihan contohnya, bila anda dah betul-betul bebas dari
masalah keputihan, kalau nak stop masa tu, tak pe. Tapi kena ingat,
keputihan adalah perkara biasa berlaku pada wanita. Jadi pemakanan
harian kena jaga. Sebab ada antara makanan yang menjadi punca kehadiran
keputihan, bila tidak terkawal. Bahkan kebersihan keintiman wanita pun
kena jaga. Bagi yang mengambil vitamin kesuburan pula, yang kerap
mengadu, turut mengambil vitamin yang di beri doktor, saya nasihatkan,
kalau ada ambil vitamin shaklee, sila ambil ia sekali dengan ubat yang
doktor beri. Jangan kerana makan ubat doktor, vitamin anda stop. Vitamin
ni membantu untuk menyihatkan tubuh badan. Nak hamil, badan kena sihat.
Lagipun, pengambilan vitamin yang tidak konsisten, boleh menyebabkan
badan anda menjadi tidak dapat bertindak dengan efektif terhadap vitamin
tersebut. Bagaimana cara nak makan, yang tu kena rujuk kepada pengedar
yang menjual kepada. Kalau yang membeli daripada saya, boleh hubungi
saya. Jangan senyap-senyap je yer.. hehee
2. Makan vitamin adalah untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam badan.
Ramai yang beranggapan, bila makan vitamin ni, sakit terus sembuh.
Ingat yer, vitamin bukannya ubat. Macam ubat sakit jantung. Bila sakit
jantung menyerang, ubat tu kena makan masa tu jugak. Kalau tak, pesakit
boleh k.o. Manakala vitamin ni pula berperanan untuk membantu untuk
mengurangkan berlakunya sesuatu penyakit akibat daripada kekurangan
nutrisi. Contohnya, sakit kencing manis. Bila anda ambil vitamin untuk
sakit kencing manis, vitamin ni membantu mengurangkan kadar gula dalam
darah. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan masalah sakit
kencing manis.
3. Kurang minum air putih
Yang ni selalu berlaku. Ambil vitamin, tapi kurang minum air putih.
Kena ingat yer, even sehari anda minum air putih 3 liter, tapi dalam
masa yang sama, anda minum air manis, air cola, air kopi atau air teh,
dan jumlah kesemua minuman manis anda sehari adalah sama banyak dengan
air putih, memang ia takkan berkesan. Kena ingat yer, bila minum air
manis, secara tidak langsung anda memerlukan lebih air putih. Kenapa?
Senang cerita, cuba anda bayangkan tubuh anda macam batang paip yang
lutsinar. Kalau letak dalam paip tu campur air manis 3 liter dan air
putih 3 liter, agak-agak larut habis tak air manis tadi? Tidak kan?
Sekurang-kurangnya anda kena tambah air putih lebih banyak lagi dari 3
liter tadi. Sebab, vitamin memerlukan air untuk melarut. Jadi, yang
membantu vitamin melarut dan meresap dengan baik dalam tubuh cumalah air
putih. Ingat yer, semakin banyak minum air manis, semakin banyak anda
kena minum air putih.
4. Tersilap Makan vitamin
Macam mana tu, boleh tersilap makan vitamin. Yang ni pun ada juga
berlaku. Semua ni berlaku bila anda membeli tanpa mendapatkan nasihat
daripada pengedar. Anda membeli sebab terlalu yakin dengan apa yang anda
baca dan tidak mahu bertanyakan pendapat pengedar Shaklee, vitamin apa
yang sesuai dengan masalah anda. Contohnya, anda ada masalah sembelit
teruk, dan anda ada terbaca vitamin herb-lax bagus untuk orang yang ada
masalah sembelit. Padahal anda sedang hamil. Lantas anda pun memberitahu
dengan pengedar, anda cakap, “Cik, saya nak beli herblax. Berapa harga
yer?” Kena pula dengan pengedar yang tak banyak tanya, dia pun bagilah
harga. Lepas tu, berlakulah jual beli, sebab harga herb-lax memang murah
sangat pun. Tetapi, hakikatnya anda beli herb-lax tu, sebab anda ada
masalah sembelit teruk dan pada masa yang sama anda sedang hamil. Tahu
tak, orang hamil tak di galakkan makan herb-lax. Sebaiknya ambil
ostematrix, jika ada masalah sembelit teruk semasa hamil.
5. Makan pada waktu yang tak sesuai
Setiap individu adalah berbeza. Bahkan ia juga dipengaruhi oleh waktu
makan yang tak sesuai. Mungkin sesuai untuk si A, tapi tidak sesuai
untuk anda. Yang selalu ada orang komplen adalah badan semakin gemuk
selepas ambil ESP. Bila ditanya, ambil ESP bila. Semua jawab ambil
sebelum tidur. Kena ingat yer, bila tidur, badan kita tidak perlukan
protein yang terlalu banyak. Sebab tidur tak perlukan tenaga, tak sama
macam waktu siang. Jadi, bila protein yang banyak diambil sebelum tidur,
akibat tidak ditukar kepada tenaga, ia akan berkumpul menjadi lemak.
Sebab tu, orang yang nak kurus atau untuk apa-apa tujuan pun, bila
pengambilan waktu makan tak sesuai, maka kesan pun tak ada. Ingat yer,
bila anda beli vitamin, belilah melalui pengedar yang akan mengajar anda
waktu makan yang betul. Bukan sebab dia kawan anda, biarpun dia tak
tahu waktu makan sesuai, anda tetap beli daripada dia. Anda silap waktu
makan, anda yang kena tanggung sendiri, bukannya kawan anda. Sebagai
pelanggan, anda adalah tanggungjawab kepada pengedar yang menjual
vitamin kepada anda. Bukan semua pengedar Shaklee yang kena
bertanggungjawab, padahal anda beli dari orang lain.
Ingat yer, jika anda dah makan dengan betul, dan tak melakukan
kelima-lima sebab di atas, tapi masih tak ada juga kesan, sabar. Yang
membuat vitamin itu berkesan, adalah kuasa Allah s.w.t semata-mata. Kita
hanya mampu berusaha dan berdoa. Jangan ambil vitamin, terus
beranggapan vitamin tu yang membuat anda sihat. Jangan yer.
Selamat malam semua. Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada anda, inshaAllah.
:)
p.s: Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
vitamin Shaklee dan membuat pesanan?
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1105799]
♥ Contact No : 012-9810656
♥ Emel : nurhadirashokri@gmail.com
♥ Jom LIKE Facebook page saya untuk mendapatkan info-info terkini.
FB: http://www.facebook.com/deyrazbeautysvita
Sila PM Admin di sini : http://facebook.com/messages/deyrazbeautysvita
Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 1105799 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN.
Penghantaran Shaklee Penang dan Seluruh malaysia, Indonesia, China & Taiwan. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami
"Sharing is Caring"
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.