nuffnang

Isnin, 9 Jun 2014

Kenapa BMR Penting Untuk Mereka Yang Ingin Kuruskan Badan?


Bismillah,
Assalamualakum semua?

Pernah tak mendengar perkataan BMR? Basal Metabolic Rate?


Apabila kita mula menimbang dan mendapatkan analisis badan, pasti antara salah satu keputusan yang bakal diperolehi ialah BMR badan kita. Namun, tahukah kita apakah dia BMR itu sebenarnya

BMR merupakan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita semasa badan dalam keadaan berehat ataupun semasa tidur. Selain itu, BMR juga bermaksud kadar kalori paling minimum yang diperlukan bagi memastikan setiap otot atau organ badan berfungsi.  Ini menunjukkan bahawa sungguhpun badan sedang bersenang-lenang tidur atau berehat, tenaga masih lagi diperlukan dan diguna pakai. Namun, kadar BMR ini adalah berbeza-beza antara seseorang individu dengan yang lain bergantung kepada faktor umur, jantina, pekerjaan dan sebagainya.
Akan tetapi, apabila umur kita semakin meningkat, kadar BMR juga bakal menurun. Ini adalah kerana lean body mass adalah kurang- yang mana menyebabkan penurunan kadar BMR. Jika badan kita mempunyai lean body mass yang tinggi, maka kadar BMR juga adalah berkadar langsung.

Jadi, apa pula kaitannya BMR dengan pengurusan berat badan?

Jika BMR kita ialah 1400kcal, maka haruslah kita awasi apakah makanan yang masuk ke dalam badan kita; samada lebih tinggi kandungan kalorinya ataupun rendah. Kawalan kalori ini adalah penting kerana lebihan kalori yang masuk berbanding yang keluar akan menyebabkan bertambahnya lemak dalam badan!

Sebagai contoh; BMR saya ialah 1400kcal dan saya juga tidak mengamalkan aktiviti luar mahupun senaman ringan. Setiap hari, saya makan sebanyak 3 kali makanan berat dan beberapa kali makanan ringan seperti kuih apabila perut terasa lapar. Kesannya, kalori yang masuk adalah hampir 2000kcal! Lebihan 600kcal inilah yang bakal membuatkan saya gemuk dan menyesal di kemudian hari!

Ok, faham. Bagaimana pula kalau saya kawal pengambilan kalori? Tentu tiada masalah. Saya kurangkan ambil nasi dan makanan yang berkalori tinggi, jadi senang cerita. Tidak perlu ambil nasi, makan sayuran sahaja. Ya, memang anda bakal kurus. Tahniah! Tapi perlu diingat, pemakanan yang sangat kurang kalori dan langsung tidak bernutrisi sangat berbahaya! Apa yang dibimbangkan ialah anda bakal beralih ke corak pemakanan sebelumnya atau lebih teruk lagi, bakal jatuh pengsan atau sakit. 

Kadar BMR bagi perempuan kebiasaanya ialah 1600-1800kcal manakala bagi lelaki ialah 1800-2000kcal. Oleh itu, sekiranya BMR kita agak rendah; pemakanan dan diet adalah penting untuk meningkatkan metabolisme badan. Pembinaan lean body mass menerusi pemakanan sedikit sebanyak boleh membantu selain mengamalkan senaman dan aktiviti luar.
Formula Untuk Mengira BMR.
BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 tinggi dalam cm) – (4.7 X umur dalam tahun)

BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) – (6.8 x umur dalam tahun)
p.s: Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin Shaklee dan membuat pesanan?



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1105799]
♥ Contact No : 012-9810656
♥ Emel : nurhadirashokri@gmail.com
♥ Jom LIKE Facebook page saya untuk mendapatkan info-info terkini.
FB: http://www.facebook.com/deyrazbeautysvita
Sila PM Admin di sini : http://facebook.com/messages/deyrazbeautysvita


Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 1105799 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Penang dan Seluruh malaysia, Indonesia, China & Taiwan. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami

"Sharing is Caring"

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tiada ulasan: