B-Complex
B-Complex
tergolong dalam vitamin jenis larut air. Ia tidak boleh disimpan dalam badan dan
perlu dimakan setiap hari. Dalam B-Complex Shaklee, terdapat semua jenis vitamin
B, asid folik, biotin dan pantothenic acid. Vitamin B-Complex mempunyai
fungsi yang pelbagai. Jadual dibawah menunjukkan komponen bahan yang terdapat
dalam B-Complex Shaklee dan fungsi Vitamin B- Complex secara amnya.
Komponen Vitamin B
|
Sebatian Kimia
|
Fungsi
|
Vitamin B1
|
Thiamin
|
-
Membantu dalam metabolisma karbohidrat di dalam badan,
mengawal tindak balas kimia melalui hasil terakhirnya, iaitu glukosa yang
ditransformasi kepada tenaga.
-
Diperlukan untuk urat saraf
|
Vitamin B2
|
Riboflavin
|
-
Membantu pertumbuhan badan dan menjadi pemangkin terhadap
bahan kimia yang diperlukan untuk mendapatkan karbohidrat dan
protein.
-
Membantu pembentukan sel darah merah,
penghasilan antibodi, pernafasan sel dan tumbesaran
-
Diperlukan untuk metabolisma karbohidrat, lemak dan
protin. Dengan kehadiran vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa
dalam saluran penghadaman.
-
Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak
dan protien. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput
mukosa dalam saluran penghadaman.
-
Memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu
kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat
besi dan vitamin B6
|
Vitamin B3
|
Niacin (Niacinamide)
|
-
Terlibat untuk menjana tenaga untuk fungsi sel
biasa.
-
Diperlukan oleh badan kita untuk peredaran
darah dan kulit yang sihat.
-
Penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah
(blood sugar) dan dalam pembuatan lemak.
-
Membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam
metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid
hidroklorik untuk sistem penghadaman.
-
Terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan
perut yang normal dan sitesis hormon seks.
-
Merendahkan paras kolestrol dan membaiki
peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia dan ia
juga sebagai menambah ingatan.
|
Vitamin B6
|
Pyridoxine hydrochloride
|
-
Mengawal metabolisma protien terutamanya dalam tisu-tisu
saraf, hati dan kulit
-
Menyumbang kepada pembentukan sel-sel darah merah dan
antibodi.
-
Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi
dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi
arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan
normal selular.
-
Mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam
penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran
antibodi.
|
Vitamin B12
|
Cyanocobalamin
|
-
Vitamin yang mempunyai kobalt.
-
Diperlukan untuk sintesis DNA dan RNA. Tisu badan tidak
boleh terbahagi dan tumbuh secara normal tanpa vitamin ini
-
Membantu pembentukan sel darah merah oleh
sum-sum tulang
-
Menolong memelihara sel saraf dan sel
darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam
makanan. Asid hidroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses
penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor
intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah.
-
Memelihara sistem saraf yang sihat.
|
Biotin
|
d-Biotin
|
-
Berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak
balas kimia yang dipanggil “carbon dioxide fixation”.
-
Biotin membantu dalam pertumbuhan sel; dalam
pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan
dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain. Kuantiti yang mencukupi adalah
diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat.
-
Memelihara agar kilang peluh, tisu saraf, dan sum-sum
tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan
otot.
|
Asid Folik
|
Asid Folik
|
-
Bertindak bersama-sama Vitamin B12 untuk menghasilkan
eritrosit dalam sum-sum tulang.
-
Sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk
pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti
dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh
kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah
penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.
-
Terlibat dalam metabolisma protin, dan telah
digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh
membantu dalam depresi dan "anxiety".
-
Membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic"
dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal untndunguk
ibu menga
|
Pantothenic Acid
|
D-Calcium Pantothenate
|
-
Ditukar dalam badan manusia sebagai
pemangkin yang dipanggil ko-enzim.
-
dikenali sebagai "vitamin anti-stress"
.
-
Membantu pengeluaran hormon adrenal dan
pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan
lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.
-
Diperlukan oleh semua sel dalam badan dan
tetumpu dalam organ badan.
-
Ia juga terlibat dalam pengeluaran "
neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia
badan penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi
metabolisma.
-
Menambah stamina dan mencegah sesetengah
bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan
boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas
(anxiety).
|
Pentingnya Vitamin B-Complex kan. Terlalu banyak fungsi penting
sehingga kita takut jika mengabaikan pengambilannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan