nuffnang

Ahad, 15 Jun 2014

Set Gout Shaklee

Gout adalah berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang.

Di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan, pesakit boleh cuba amalkan Set Gout Shakleeyang mengandungi Alfalfa,Performance Drink dan Omega Guard.

Gout adalah merupakan salah satu bentuk artritis yang biasanya disebabkan oleh terkumpulnya hablur-hablur asid urik di sendi-sendi. Gout ini sebenarnya terlalu menyakitkan dan pada kebanyakan kes, ia hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Perkataan “Gout” sebenarnya berasal dari perkataan Latin, “gutta” yang membawa maksud ‘setitis’, oleh sebab mengikut kepercayaan pada waktu itu, penyakit gout disebabkan oleh titisan humor-humor yang mengerikan dan yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidapipenyakit gout biasanya mengalami peningkatan dalam aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-dua masalah itu. Aras asid urik yang tinggi adalah berkaitan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, serta darah tinggi.Penyakit gout juga boleh dihidapi berasakan faktor keturunan.

Gout pada kebiasaannya akan menyerang ibu jari kaki (Kes begini adalah lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Penyakit gout bagaimanapun boleh juga menjejaskan sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Terdapat juga kes di mana penyakit gout telah menyerang pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, mungkin disebabkan oleh kecederaan pada masa dahulu yang telah menyebabkan peredaran darah yang kurang baik.

Selain itu pesakit dengan hiperurisemia berkemungkinan mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang biasanya dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, contohnya heliks telinga. Dalam sesetengah kes, karang asid urik mampu membentuk sejenis karang ginjal.

Penyakit Gout sebenarnya mempunyai empat peringkat yang jelas.

1) Asimptomatik – pada peringkat ini biasanya paras asid urik plasma akan bertambah, tetapi masih tidak menunjukkan sebarang gejala  

2) Akut – Serangan gout yang pertama akan menandakan peringkat ini. Serangan tidak teruk kebiasaannya akan hilang dengan cepat, manakala serangan yang teruk boleh berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu 

3) Interkritikal – pesakit tersebut kemudian masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini kemungkinan berlangsung selama beberapa bulan atau juga mungkin tahun. Kebiasaannya pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan sehingga dua tahun daripada serangan pertama. 

4) Kronik. – serangan gout akan menjadi kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu pula akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga mungkin akan boleh didapati dalam banyak sendi. Di dalam kes gout kategori kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal berkemungkinan boleh juga terjadi.

Sebelum gout bertambah kronik, adalah disarankan oleh Shaklee supaya mengamalkan 3 suplemen ini iaitu;

ALFALFA
Detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3 liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance drink-Memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance drink berfungsi menggantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega -Mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan. 

Bagaimana cara untuk mendapatkan set gout Shaklee ini?

Hubungi saya


Jom sihat bersama Shaklee.... Untuk dapatkan Vitamin anda dengan SERVIS PANTAS.. Jomm....Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● ~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~, ♡♡ Nurhadira Shokri ♡♡ Shaklee Independent Distributor ♡♡ [ ID No : 1105799 ] ♡♡ Contact No : 012 981 0656

Tiada ulasan: