Duduk Secara Betul - Duduk
dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan
menggambarkan bahawa anda berkeyakinan dan sentiasa bertenaga. Jika
anda duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul pula akan
menyebabkan sakit tulang belakang serta boleh membawa masalah pada
paru-paru, jantung dan buah pinggang.
Jaga Kesihatan Gigi -
Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak
selesa. Ia mencerminkan anda tidak ambil peduli mengenai penjagaan
gigi. Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan
flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpa doktor
gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Selalulah Ketawa –
Jika anda selalu senyum danketawa, ia boleh meleraikan dan melegakan
kekusutan serta membuatkan anda awet muda dan nampak berseri. Ketawa
adalah penawar duka selain bertindak sebagai suatu bentuk senaman
dalaman yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.
Jangan Malas Berjalan - Amalan
bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung,
paru-paru dan peredaran darah. Ia menguatkan otot, tenaga dan
melambatkan proses penuaan. Berjalanlah 30 minit sehari untuk 3 kali
seminggu kerana ia membantu anda berasa cergas dan sihat serta
mencantikkan kulit wajah.
Berhenti Merokok – Sesungguhnya
merokok mempercepatkan proses penuaan. Memang benar tabiat suka
merokok sukar diberhentikan. Namun, jika anda berjaya memberhentikan
tabiat tersebut pasti kulit anda akan kelihatan lebih cerah dan
berseri. Rambut, baju dan nafas anda juga tidak lagi berbau asap rokok.
Hidup anda akan lebih sihat dan bertenaga.
Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi - Kurangkan
pengambilan alkohol, kopi dan teh. Jika diambil secera berlebihan
ianya akan membuatkan anda kerap ke bilik air dan membuatkan kulit
kering serta mempercepatkan timbulnya garis penuaan di muka anda. Jika
mampu, kurangkan pengambilan kopi hanya untuk 3 cawan sehari.
Makanan Berkhasiat
- Secara purata, berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram
setahun. Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa
diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang.
Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana
tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan
penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan
wanita tampak muda. Diet yang mendadap pada pertengahan usia boleh
memudaratkan jasmani dan mental wanita.
Makanan Tambahan
- Vitamin dan mineral penting sebagai makanan tambahan. Untuk
memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi
10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.
Tidur Yang Mencukupi - Manusia
memerlukan tidur 8 jam sehari. Masa inilah minda dan tubuh kita
direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan
keesokan harinya. Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga
larut malam. Pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas
keluar masuk. Semburkan pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1105799]
♥ Contact No : 012-9810656
♥ Emel : nurhadirashokri@gmail.com
♥ Jom LIKE Facebook page saya untuk mendapatkan info-info terkini.
FB: http://www.facebook.com/deyrazbeautysvita
Sila PM Admin di sini : http://facebook.com/messages/deyrazbeautysvita
Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 1105799 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Penang dan Seluruh malaysia, Indonesia, China & Taiwan. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami
"Sharing is Caring"
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan