rajah di atas adalah bayi
prolonged jaundice
___________________________________________________________
Penyakit demam
kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di
anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit
demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau
jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata
dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat
dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan
kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning
ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan)
berbanding bayi yang cukup bulan.
Warna kuning ini disebabkan oleh bahan
kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan
hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah
merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah
telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin
yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air
kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan
dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.
Paras bilirubin pada bayi
normal boleh meningkat disebabkan :
- Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
- Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
- Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
- Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
- Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
- Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
- Keturunan.
Penyakit demam kuning mula dikesan pada
hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan
turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti
bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat
dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam
kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih
(fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan.
Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh
darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan
yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada
bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada
pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras
bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera
sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan
bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100
darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5
tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk
sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal
selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang
mengenai kekuningan pada kulit bayi.
Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar
tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak
mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi
pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted
nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan
bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang
lemah.
Jenis-jenis Demam
Kuning
Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara
yang biasa didapati adalah :-
Demam kuning normal
(physiological jaundice).
Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi
baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala
tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan
hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah
merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan
seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi.
Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga
2 minggu.
Demam kuning
pra-matang.
Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati
bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk
memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
Demam kuning susu ibu (Breast milk
jaundice).
Demam kuning susu ibu hanya berlaku
dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang
terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia
bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10
minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya
demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi
selepas bayi sembuh daripada demam kuning.
Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu
dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu
mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan
paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama.
Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh
dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam
tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi
yang boleh membahayakan bayi.
Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan
enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula
jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada
penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam
darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras
bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10
hari.
vitamin yang disyorkan bagi si ibu yang menyusukan
anak untuk mengelakkan bayi dijangkiti demam kuning iaitu
:-
1) Vitamin
E
2) ESP
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1105799]
♥ Contact No : 012-9810656
♥ Emel : nurhadirashokri@gmail.com
♥ Jom LIKE Facebook page saya untuk mendapatkan info-info terkini.
FB: http://www.facebook.com/deyrazbeautysvita
Sila PM Admin di sini : http://facebook.com/messages/deyrazbeautysvita
Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 1105799 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Penang dan Seluruh malaysia, Indonesia, China & Taiwan. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami
"Sharing is Caring"
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan