Masalah yang selalu terjadi pada ibu-ibu hamil.
Air kencing kotor boleh menyebabkan buah pinggang kita rosak dan
boleh menyebabkan kematian..
wanita hamil jugak berisiko mengalami kelahiran awal dan
bayi mengalami masalah berat badan.
Apa punca sebenar air kencing kotor??
punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.
wanita hamil mudah mendapat kencing kotor kerana
selain ureter yang pendek perubahan hormon juga akan mempengaruhi.
sewaktu hamil otot saluran kencing sangt lemah dan menyebabkan
ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
dalam waktu yang sama rahim semakin membesar dan
ianya membuatkan air kencing tak keluar dengan sempurna atau sepenuhnya.
air kencing yang tak dapat dikeluarkan mengandungi kuman
dan kuman tu akan membiak.
bagaimana mencegah kencing kotor??
~bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.
~minum banyak air putih.6-8 gelas sehari.
~terus buang air kecil jika terasa hendak kencing.
~selepas buang air kecil biasakan mengelap dari depan ke belakang
untuk mengelak kan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
~sebelum melakukan hubungan seks buang air kecil dahulu dan cuci dengan bersih.
~tukar tuala wanita dengan kerap.
~kurangkan minuman manis dan berkafein.
sumber:drzubaidi.com
Labels: Kencing Kotor, set kehamilan
Posted via Blogaway
Tiada ulasan:
Catat Ulasan